Wednesday, March 16, 2016

Apa Istimewanya Padang & Bukit Tinggi

Ok, blog ini masih baru. Tapi KM (Kembara Nanamya) bukanlah baru dalam dunia blogging dan travel. Ok, KM merupakan seorang Tour Independent Coordinator, bukan travel agency ok. Ok, selain daripada FB, Instagram maka admin ambil inisiatif nak mempromosikan pakej Padang dan Bukit Tinggi di dunia blog pula.

Ok di mana Padang & Bukit Tinggi tu? Apa yang ada di situ? Apa menariknya? Bagaimana orangnya? Hehe....Eh admin dah pergi ke?

Ok admin jawab satu-satu la yer. Padang & Bukit Tinggi berada di Sumatera Barat. Alah sebelah aje la dengan Semenanjung Malaysia. Di Padang dan Bukit Tinggi ada keindahan bukit bukau, gunung ganang...ha itu adalah mercu tanda Padang dan Bukit Tinggi. Selain itu di pusat Bukit Tinggi ada Jam Gadang, jam besarlah kiranya. Ha jam ini ada adalah kesan daripada pengaruh Belanda menjajah Sumatera la dulu. Selain daripada itu ada perkampungan khusus untuk beli kain/telekung, buat cincin silver dan kayu. Apa lagi? Dah tentulah budaya dan warisan Minangkabau yang korang akan tengok pada setiap bumbung bangunan di Padang dan Bukit Tinggi. Macam di Negeri Sembilan. Masyarakat tempatan boleh dikatakan 90% adalah orang Minangkabau. Mereka kebanyakan bertutur dalam bahasa Minangkabau, tapi ramai yang faham dan ada yang bertutur dalam bahasa Melayu Malaysia pun. Haha...

Peta Sumatera Barat/Sumbar

Jam Gadang Bukit Tinggi

Istana Pagar Ruyung

Air Terjun Lembah Anai
Danau Maninjau - Desa Kelahiran Prof Dr Hamka

Danau Singkarak

Lukisan Alam, Lembah Harau

Keindahan Lembah Harau

Pusat Informasi dan Kebudayaan Minangkabau

Pakaian Adat Minangkabau - RM20 aje untuk sewa sepasang

Pasar Bawah, Bukit Tinggi

Masakan Padang/Minangkabau
Shopping Kain Ela di Bukit Tinggi
Shopping Kain Ela di Bukit Tinggi

Shopping Telekung di Bukit Tinggi

Admin tentulah dah beberapa kali ke Padang dan Bukit Tinggi. Ada pelbagai urusan. Urusan pakej travel, urusan susur leluhur, urusan research Hamka, urusan mencari susur leluhur dan banyaklah lagi. Hehe. Asal usul nenek moyang admin adalah daripada Tanah Rao di Pasaman sebelah ibu dan sebelah ayah adalah dari daerah Paya Kumbuh. Orang Minanglah kira. Minang campur Rao.

Kenapa buat pakej ini? Nak promote sangat Bukit Tinggi dan Padang ke? Apa istimewa dengan tempat lain?
Admin buat pakej ini atas dasar minat pada bidang travel & tours. Atas dasar mahu membantu mereka yang berminat ke Bukit Tinggi & Padang dan setiap tempat memang ada istimewanya yang tersendiri. Istimewa daerah Minang tentulah pada bukit bukau dan gunung ganangnya. Itu yang admin nak promote sangat. Lagi pun tak salah la admin nak promosikan kampung nenek moyang admin kan.

Pakej yang admin ada terdiri daripada:

PAKEJ PADANG BUKIT TINGGI (biasa) - korang boleh pilih berapa malam pun. Admin cadangkan 4 hari 3 malam la. Pakej ini cover semua tempat tarikan pelancong.

PAKEJ HONEYMOON - lebih private dan intimate. Korang boleh pilih nak hotel bintang apa. Admin akan quote harga. Boleh juga pilih hari. Selain ke tempat tarikan pelancong, penulis cadangkan pasangan honeymoon pergilah bermalam juga di Lembah Harau! Hmmm best baq ang!;)

PAKEJ PULAU - Ada beberapa pulau di Sumatera Barat. Bagi yang minat snorkelling, admin cadangkan ambil 4 hari 3 malam. Tapi admin buka juga kalau korang nak mixed kan pakej Bukit Tinggi/Padang dengan Pulau sekali. Nak honeymoon, lagi la boleh. Bagitahu je, admin akan quote.

PAKEJ TEROESIR BUYA HAMKA - Ha yang ni special sikit. Siapa tak kenal Hamka. Pakej ini sebenarnya admin create untuk mereka yang cintakan idola ini. 4 hari 3 malam di perkampungan Hamka dan akan ada aktiviti beramah mesra dengan waris Hamka. InsyaAllah kita akan lakukan aktiviti berBBQ dan sesi baca puisi Hamka.

PAKEJ BACKPACKERS - Ok, admin pun cinta aktiviti backpackers dan faham bajet terhad ini. Cuma bezanya pakej ini dengan yang lain adalah; penginapan adalah di hostel/hotel bajet dan makan tidak terdapat dalam pakej. Admin hanya sediakan transport sahaja dan booking hostel. Tapi kalau korang ada nak admin ubah pakej ini. Anytime berhubung dengan admin dan admin boleh quote bajet korang. Takde hal la...

PAKEJ JEJAK SUSUR LELUHUR - Ok yang ini special.Admin dah buat pun. Siapa-siapa di kalangan korang nak jejak saudara mara di tanah Rao/Minang bagitahulah admin. Tips dia macam ini, korang kenalah ada clue. Baru senang pencarian. Kalau takde, datang ajelah dulu dan kita tuju tempat yang nak dituju, cuba tanya dan cari. Pencarian susur leluhur ini ikut nasib, ada yang pertama kali datang dah jumpa, ada yang beberapa  kali datang, tak ketemu langsung. Tapi at least korang dah jejak tanah kelahiran nenek moyang korang kan...hehe


Ok la..ini pilihan pakej-pakej yang admin ada. Korang wasap aje admin ya...InsyaAllah admin senang cerita pada korang keindahan bumi Sumbar (Sumatera Barat).

Wasap +6011 323 885 90
FB : Kembara Nanamya
Instagram : Nanamya 1 Stop Mall

Sunday, March 13, 2016


Pakej Termasuk :
Flight Ticket/wo flight ticket + Hotel + Transportation + Tour Guide + Food +Entrance Fee
(Hotel (include breakfast) - Hotel Bunda/Nikita/Karisma/Ambun Suri/Grand Malindo/ Royal Denai/Royal Denai View/Sofian Rangkayo Baso)
Lunch & Dinner - Restoran Lamun Ombak, Sederhana, Simpang Raya, Pak Datuak, Pondok Baselo, Pondok Flora
Hari 1
-Sampai di Lapangan Terbang Minangkabau, Padang
-Singgah di Air Terjun Lembah Anai
-Makan Tengahari di Restoran Pak Datuak (masakan Padang)
-Singgah di Pusat Dokumentasi dan Kebudayaan Minangkabau
-Membeli belah di Sulaman Mayang Taurai, Putri Minang, Oke, Linduang Bulan, & Cahaya Bordir (kain/telekung tempatan)
-Check in hotel di Bukit Tinggi dan berehat
-Melawat tingggalan sejarah Lubang Jepang, Ngarai Si Anok, Pasar Atas dan Jam Gadang
-Makan malam dan aktiviti bebas

Hari 2
-Sarapan di hotel
-Menuju Batu Sangkar
-Singgah di Hajah Rosmah Embroidery(sulaman telekung)
-Melawat Kopi Kiniko (menjual kopi tempatan, air herba, produk makanan tempatan)
-Makan Tengahari di Restoran Pondok Flora (restoran atas sawah)
-Melawat Istana Besar Pagar Ruyung
-Melawat Istana Si Linduang Bulan (terdapat pokok kelapa keris)
-Melawat Danau Singkarak
-Kembali ke Bukit Tinggi
-Berehat
-Makan Malam

Hari 3
-Breakfast di hotel dan check out hotel di Bukit Tinggi
-Menuju Danau Maninjau
-Singgah di Puncak Lawang/Lawang Park
-Singgah di Sungai Landia (pemandangan cantik)
-Singgah di Restoran Bunda Kanduang (menjual pelbagai kerepek terutamanya kerepek labu/aiskrim labu
-Menyusuri kelok 44-1 melawat Rumah Prof Dr Hamka
-Kembali ke Bukit Tinggi
-Makan Tengahari di Restoran Simpang Raya
-Menuju Padang
-Melawat tinggalan Malim Kundang
-Melawat Jambatan Siti Nurbaya
-Makan Malam
-Check in hotel di Padang
Hari 4
-Sarapan pagi di hotel
-Melawat Masjid Raya Padang
-Melawat Muzium Adityawarman
-Menuju lapangan terbang
Pakej Tidak Termasuk
-Tipping
-Tambahan lokasi & makanan
==========================================
Whatsapp kami untuk tempahan atau sebarang pertanyaan
PAKEJ PADANG & BUKIT TINGGI ke +601132388590
PAKEJ PADANG & BUKIT TINGGI ke +601132388590
PAKEJ PADANG & BUKIT TINGGI ke +601132388590